• Musim sejuk di Jepun boleh jadi merbahaya kerana banyaknya keruntuhan salji dan juga ribut salji. Salji berlaku hampir di mana-mana kecuali beberapa kawasan. Musim sejuk berlangsung dari Disember hingga Februari. Cuaca tidak selalu cerah Kadang-kadang anda akan terkejut melihat landskap salji Jepun yang memutih . Ia adalah musim yang menarik untuk menyaksikan salji di Jepun selain itu juga terdapat sukan musim sejuk dan perayaan. Apabila ketibaan salji pertama musim sejuk di Jepun, ramai pelancong dan penduduk tempatan sama-sama melawat pusat peranginan terkenal di negara ini. Festival salji Sapporo di daerah Hokkaido, adalah festival salji antarabangsa yang menawarkan pengunjung yang untuk mengalami pengalaman bersama patung yang diperbuat daripada ais.
  • Jenis jenis perayaan ketika musim salji Sapporo Snow Festival, Yokote Kamakura Snow Festival, Dosojin Fire Festival,  Chichibu Yomatsuri, Asahikawa Winter Festival, Hadaka Matsuri, Lake Towada Snow Festival, Tokamachi Snow Festival, Hirosaki Castle Snow Lantern Festival,The Wakakusa Yamayaki, Lake Shikotsu Ice Festival, Iwate Snow Festival dan Otaru Snow Light Path Festival.

Chichibu Yomatsuri

  • Chichibu Yomatsuri adalah festival yang hebat yang diadakan pada musim sejuk yang dingin. Mereka akan berarak dengan membawa sejenis kayu penuh dengan hiasan membawa ke jalan-jalan di bandar, permaidani bersulam dan kertas tanglung. Muzik dram dan suling menemani perarakan mereka di sekitar bandar, dan ketika mereka tiba di destinasi terakhir, mereka menyala bunga api selama dua jam setengah. Selain itu juga banyak gerai akan dibuka sempena festival yang meriah ini.

0 Comments

Leave a Comment

LATEST POSTS

Makanan bermusim di Jepun