• Musim panas adalah musim yang hebat, di mana haba musim panas yang berlebihan tidak menghalang para pengunjung yang hendak menyelami festival musim panas dan acara musim panas yang menarik. Musim panas biasanya berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos dengan tiga hingga empat minggu musim hujan. Cuaca panas yang berlebihan dan hujan berterusan boleh merosakkan kehidupan harian di Jepun. Pada musim panas ini, orang ramai suka pergi ke pantai untuk menikmati udara sejuk atau pergi ke taman tradisional Jepun dan taman biasa untuk mencari ketenangan. Orang-orang di sana memakai yukata terutamanya semasa perayaan musim panas. Berbeza pula di Hokkaido ketika musim panas Hokkaido diliputi bunga yang pelbagai jenis seperti lavender, poppy, bunga matahari, tulip dan banyak lagi. Sementara di tempat lain, para petani bersiap untuk menanam padi. Jepun merayakan banyak festival musim panas yang popular di musim panas ini juga.
  • Jenis jenis perayaan ketika musim panas :Akita Kanto Matsuri, Aomori Nebuta Matsuri, Yokohama International Fireworks, Tokyo Bay Ground Fireworks Festival, Sumida River Fireworks Festival, Setagaya-ku Tamagawa Hanabi, Gion Festival, Nakafurano Lavender Festival, O-bon Week, Sumiyoshi Rice Planting Festival, Kanto Festival, Asakusa Samba Carnival, Harajuku Omotesando Genki Matsuri Super Yosakoi, Nango Summer Jazz Festival, Koenji Awa Odori, Shinjuku Eisa, Tokushima Awa Odori Folk Dance Festival, Grand Sumo Tournament.

Kanto Matsuri Festival

  • Kanto Matsuri adalah perayaan berkaitan dengan Tanabata di Akita City, yang diadakan setiap tahun dari 3 hingga 6 Ogos. Kemuncak festival ini adalah paparan kemahiran yang mengagumkan di mana penampil akan seimbangkan buluh panjang (Kanto) dengan tanglung kertas yang dilampirkan pada buluh panjang tersebut. Kanto Matsuri bersama dengan Festival Nebuta Aomori dan Tanabata Sendai membentuk tiga perayaan besar di Wilayah Tohoku.

0 Comments

Leave a Comment

LATEST POSTS

Makanan bermusim di Jepun